اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ
Ya Allah, limpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad SAW.
يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ
Wahai Tuhanku, limpahkan rahmat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
لَوْلَاكَ يَا زِيْنَةَ الْوُجُوْدِ
Jika bukan kerana Engkau wahai perhiasan alam semesta,
مَا طَابَ عَيْشِي وَلَا وُجُوْدِي
Hidupku dan keberadaanku tidak akan menyenangkan.
وَلَا تَرْنَمِتْ فِي صَلاَتِي
Dan tidak akan merdu dalam solatku,
وَلَا رُكُوْعِى وَلَا سُجُوْدِى
Baik ruku’ mahupun sujudku.
بِاللهِ صِلْنِى فِدَاكَ رُوْحِي
Demi Allah, hubungkan aku dengan kekasihku, ruhku.
ذِبْتُ مِنَ الْهَجْرِ وَالصُّدُوْدِ
Aku telah hancur kerana ditinggalkan dan ditolak.
مَا اَصْعَبَ الْهَجْرَ مِنْ حَبِيْبٍ
Betapa sukarnya berpisah daripada kekasih.
وَلَيلَةُ الْوَصْلِ مِنْكَ عِيْدِي
Dan malam pertemuan denganmu ialah hari rayaku.
وَيَالَيَالِي الرِّضَا عَلَيْنَا
Wahai malam-malam keredaan kepada kami,
عُوْدِي لِيَحْضُرَ مِنْكَ عُوْدِي
Kembalilah agar kehadiran daripada-Mu menjadi kembaliku.
عُوْدِى عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْرٍ
Kembalilah kepada kami dengan segala kebaikan.
بِالْمُصْطَفٰى طَيِّبِ الْجُدُوْدِ
Bersama Nabi Muhammad SAW yang suci keturunannya.
يٰا مَنْ إِذَا لَحْظَةً جَفَانِي
Wahai kekasih yang jika sejenak meninggalkanku,
يَسِيْلُ دَمْعِي عَلَى الْخُدُوْدِ
Air mataku mengalir di pipi.
اِنْ اَنْكَرَ الْعَادِلُوْنَ وَجْدِى
Jika orang-orang yang adil mengingkari kekesalanku,
فَاَدْمِعِي فِي الْهَوٰى شُهُوْدِي
Maka air mataku di jalan cinta ialah saksiku.
إِنْ قِيْلَ زُرْتُمْ بِمَا رَجَعْتُمْ
Jika ditanya, “Apa yang kalian bawa kembali daripada (ziarah)?”
يَا اَكْرَمَ الْخَلْقِ مَا نَقُوْلُ
Wahai makhluk yang paling mulia, apa yang akan kami katakan?
قُوْلُوْا رَجَعْنَا بِكُلِّ خَيْرٍ
Katakanlah, “Kami kembali dengan segala kebaikan.”
وَاجْتَمَعَ الْفَرْعُ وَالْأُصُوْلُ
Dan telah berkumpul keturunan dan nenek moyang.
ثُمَّ الصَّلَاةِ عَلىٰ نَبِيْنَا
Kemudian selawat kepada Nabi kami,
وَاٰلِهِ الرُّكَّعِ السُّجُوْدِ
Dan keluarganya yang rukuk dan sujud.