الله الله ، الله الله — الله الله ، الله الله

Qod Kafani

Pujian & Madah · 27 baris · Qasidah #169

1

الله الله ، الله الله — الله الله ، الله الله

Allah Allah, Allah Allah — Allah Allah, Allah Allah

2

كُلَّمَا نَادَيْت يَا هُو — قَالَ يَا عَبْدِي أَنَا الله

Setiap kali aku memanggil: Wahai Dia (Subhanahu wa ta’ala).. maka Dia menjawab: Wahai Hamba-Ku, Akulah Allah

3

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي — مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِ

Cukuplah bagiku ilmu Tuhanku — daripada bertanya dan memilih sendiri

4

فَدُ عَائِي وَابْتِهَالِي — شَاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي

Maka doa-doa dan jeritan hatiku sebagai saksiku atas kefakiranku (di hadapan kewibawaan-Mu)

5

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُو — فِي يَسَارِي وَعَسَارِي

Maka demi rahsia kefakiranku (di hadapan Kewibawaan-Mu) aku selalu memohon (pada-Mu) ketika kemudahan dan kesulitanku

6

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي — ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي

Aku adalah hamba yang kebanggaanku adalah dalamnya (kemiskinanku dan besarnya kebutuhanku pada-Mu)

7

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي — مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Cukuplah bagiku ilmu Tuhanku — daripada bertanya dan memilih sendiri

8

يَا إِلَهِي وَمَلِيكِي — أَنْتَ تَعْلَم كَيْفَ حَالِي

Wahai Tuhanku Wahai yang memiliki diriku, Engkau Maha Mengetahui bagaimana keadaanku

9

وَبِمَا قَدْ حَلَّ قَلْبِي — مِنْ هُمُومٍ وَاشْتِغَالِي

Dan dari segala yang memenuhi hatiku daripada kegundahan dan kesibukanku (hingga terlupa daripada mengingati-Mu)

10

فَتَدَارِكْنِي بِلُطْفٍ — مِنْكَ يَا مَولَى الْمَوَالِي

Maka ulurkanlah bagiku Kasih Sayang daripada-Mu Wahai Raja daripada segenap para raja

11

يا كَرِيْمَ الْوَجْهِ غِثْنِي — قَبْلَ أَنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي

Wahai Yang Maha Pemurah Dzat-Nya, tolonglah aku, dengan pertolongan yang datang sebelum sirna kemampuanku dalam bersabar

12

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي — مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Cukuplah bagiku ilmu Tuhanku — daripada bertanya dan memilih sendiri

13

يَاسَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا — مِنْكَ يُدْرِكْنِي سَرِيْعًا

Wahai Yang Maha cepat mendatangkan pertolongan, temukan kami dengan pertolongan daripada-Mu yang mendatangi kami dengan segera

14

يُهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي — بِالَّذِي أَرْجُوا جَمِيْعًا

Pertolongan yang merubuhkan segala kesulitan, dan mendatangkan segala yang kami harap-harapkan

15

يَا قَرِيبًا يَا مُجِيْبًا — يَا عَلِيْمًا يَا سَمِيْعًا

Wahai Yang Maha Dekat, Wahai Yang Maha Menjawab segala rintihan, Wahai Yang Maha Mengetahui, Wahai Yang Maha Mendengar

16

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي — وَخُضُوْعِي وَانْكِسَارِي

Sungguh aku telah benar-benar meyakini kelemahan dan ketidakmampuanku, kerendahan dan keluluhanku

17

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي — مِنْ سُؤَلِي وَاخْتِيَارِي

Cukuplah bagiku ilmu Tuhanku — daripada bertanya dan memilih sendiri

18

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ — فَارْحَمَنْ رَبِّي وَقُوْفِي

Aku masih tetap berdiri di Gerbang-Mu, maka kasihanilah aku yang masih terus menunggu

19

وَبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ — فَأَدِمْ رَبِّي عُكُوْفِي

Dan di Lembah Anugerah Kasih Sayang-Mu aku berdiam maka abadikanlah keadaanku ini

20

وَلِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِمَ — فَهُوَ خِلِّي وَحَلِيْفِي

Maka bersangka baik pada-Mu adalah hal yang mesti bagiku, sangka baik atas-Mu adalah pakaianku dan janjiku

21

وَأَنِيْسِيْ وَجَلِيْسِي — طُوْلَ لَيْلِي وَنَهَارِي

Dan hal itulah (sangka baik pada-Mu) yang menjadi penenang hatiku, dan selalu (sangka baik pada-Mu) menemaniku sepanjang siang dan malam

22

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي — مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Sungguh telah cukup bagiku kepuasan dan ketenanganku bahawa penciptaku Maha Mengetahui segala permohonan dan usahaku

23

حَاجَةٌ فِي النَّفْسِ يَارَبْ — فَاقْضِهَا يَا خَيْرَ قَاضِي

Segala keperluan dalam diriku Wahai Penciptaku maka selesaikanlah, Wahai sebaik-baik yang menyelesaikan keperluan

24

وَاَرِحْ سِرِّي وَقَلْبِي — مِنْ لَظَاهَا وَالشُّوَظِ

Dan tenangkanlah ruhku dan sanubariku daripada gejolak dan gemuruhnya (nafsu, kemarahan, kesedihan, kebingungan, dan penyakit-penyakit hati

25

في سُرُوْرٍ وَحُبُوْرٍ — وَإِذَ امَا كُنْتَ رَاضِي

Agar hatiku dan ruhku selalu dalam ketenteraman dan kedamaian dalam apa-apa yang telah Engkau redhai

26

فَالْهَنَا وَالْبَسْطُ حَالِى — وَشَعَارِي وَدَثَارِي

Maka kegembiraan dan kebahagiaan menjadi keadaanku selalu, dan menjadi lambang kehidupanku dan selubung perhiasanku

27

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي — مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Cukuplah bagiku ilmu Tuhanku — daripada bertanya dan memilih sendiri