اِغْفِرْ لَنَا يَا سَامِعًا لِدُعَانَا
Wahai Pemilik Makkah dan Bukit Shafa, demi Muhammad; Ampunilah dosa kami Wahai Yang Maha Mendengar doa kami.
وَ احْذَرْ تُبِيْحُ بِسِرِّنَا لِسِوَانَا
Sembunyikanlah kecintaan kepada kami apabila engkau menginginkan restu kami (para wali Allah), Dan jagalah agar engkau tidak membanggakan apa-apa yang engkau ketahui daripada kemuliaan kami.
وَاتْرُكَ مُنَاكَ إِنْ أَرَدْتَ مُنَانَا
Tunduk dan patuhlah kepada kami apabila engkau menginginkan bergabung dengan kami, Dan tinggalkanlah cita-cita kosongmu apabila engkau menginginkan apa yang kami cita-citakan.
فَلَعَلَّ أَنْ تُحْظَى بنَا وَتَرَانَا
Dan jadikanlah sisa usiamu kini untuk berada di pintu-pintu kami, Maka semoga engkau akan mendapatkan anugerah dengan kedekatan kepada kami.
وَ مُحِبُّنَا مَازَالَ تَحْتَ لِوَانَا
Apakah kalian tidak mengetahui, bahawa kami sentiasa bermurah hati, Dan semua yang mencintai kami akan sentiasa berada di bawah panji kami.
عَا يَنْتَنَا فِي الْكَائِنَاتِ عِيَانَا
Apabila kalian menjalankan permintaan kami ini, wahai yang menginginkan kemuliaan kami, Maka kalian pasti melihat di semua alam akan keluhuran dan kebesaran kami dengan jelas.
نَالَ السَّعَادَةَ عِنْدَمَا يَلْقَانَا
Kami adalah kaum dermawan, maka barang siapa yang datang kepada kami dengan suatu keperluan, Maka ia akan mendapatkan keinginannya dan kebahagiaan ketika ia menemui kami.
وَ انْظُرْ تَرَى الْعُشَّاقَ حَوْلَ حِمَانَا
Maka bangkitlah dengan penuh semangat, dan janganlah bermalas-malasan, Lihatlah orang-orang yang mencintai dan merindukan kami, terlindungi di dalam benteng-benteng kami.
فَرِحِيْنَ مُذْ نَظَرُوا الْجَمَالَ عِيَانَا
Mereka mendapat kebahagiaan dengan datangnya khabar gembira, bahawa mereka diberi segala yang mereka dambakan, Mereka dilimpahi kegembiraan sejak mereka mempedulikan keindahan yang sejelas-jelasnya (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam)
كَشِفَ الْحِجَابَ وَشَاهَدُوا مَعْنَانَا
Maka pusatkanlah perhatianmu bersama apa yang menyibukkan mereka, dan dengan apa-apa yang mereka rindukan, Ketahuilah bahawa mereka itu telah terbuka bagi mereka hijab ma’rifah dan mereka telah menyaksikan
فَالْقَلْبُ مُشْتَغِلٌ بِهِمْ وَلْهَانَا
Maka mereka adalah yang paling layak untuk dituju, dan tiada lagi yang layak dituju selain mereka, Dan hati yang sibuk dengan selain urusan mereka, adalah hati yang pasti dipenuhi kebingungan.
تَعْمَلُ مَعِى بِحَيَاتِهِمْ إِحْسَانًا
Maka ulang-ulanglah untuk sentiasa memenuhi pendengaranmu dengan mereka dan perkataan mereka, Dan sibuklah dengan beramal baik bersama-sama dalam kehidupan mereka.
اِغْفِرْ لَنَا يَاسَامِعًا لِدُعَانَا
Maka Wahai Pemilik Makkah dan Bukit Shafa, demi Muhammad, Ampunilah dosa kami wahai yang sentiasa mendengar doa kami.
ثُمَّ الصَّلَاةُ عَلَى النَّبِي وَآلِهِ
Kemudian selawat ke atas Nabi dan keluarganya.
مَا حَرَّكَتْ رِيْحُ الصَّبَا أَغْصَانَا
Lalu limpahan Selawat atas Nabi dan Keluarganya, Sebanyak hembusan angin di pagi hari